Home GrapesNasyid Tv Malaysia Ceramah Islam Radio Malaysia -

Home GrapesNasyid Tv Malaysia Ceramah Islam Radio Malaysia -

.: MUHARRAM :.

Peristiwa Penting Bulan Muharram


~1 Muharram
~ Khalifah umar al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam [Kalender Hijrah]

~10 Muharram~
-Dinamakan juga hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
-Nabi adam bertaubat kepada Allah.
-Nabi Idris dianggkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh di selamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi di tenggelamkan selama 6 bulan.
-Nabi Ibrahim di selamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf di bebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
-Nabi Ayub di pulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paussetelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
-Kesalahan nabi Daud diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Isa di angkat ke langit.

.: AKHLAK KITA :.


..Pertamanya...
Binalah akalmu..
biar sempurna dahulu
agar kental waja
utuh bak pasak menara
tidak bisa goyah
meski ribut pancaroba melanda
tetap teguh


Kalian!
akal yang sempurna
kelak bijak memilih rasa
setitis manis dalam pahitnya
dalam berjuta kaca,ada kilauan permata
bisa dibeza,antara pahala dan dosa
antara yang hak dan batilnya

Keduanya...
Semailah benih kefahaman budi itu
bajailah ia dengan ilmu yang hakiki
kelak nanti
buah budi pekerti
hati budi dan budi bahasa
yang elok sempurna lahirnya
inilah akhlak kita sebenarnya.

.: BETAPA AGUNGNYA ALLAH S.W.T :.

KALAU ADA MASA LAPANG, TRY BACA..RUGI TAK BACA!
Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam. Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu. Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya.
Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini. Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing.

Cendekiawan pun mula bercerita... "Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah)" "Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam" "Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi." "Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya" Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.
Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita... "Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia." "Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.

Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela. Wallahualam...

DI SAAT KEWAFATAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W

"Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.Pagi itu,walaupun langit telah mulai menguning,burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,"Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,akan masuk syurga bersama-sama aku."Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Saidina Abu Bakar as SiddiQ menatap mata itu dengan berkaca-kaca,Saidina Umar al-Khattab dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Saidina Usman bin Affan menghela nafas panjang dan Saidina Ali b ABi Talib menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba."Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Saidina Ali dan Saidina Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.Disaat itu,kalau mampu,seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.Matahari kian tinggi,tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam,Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah,dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya."Uusiikum bis salati,wa maa malakat aimanukum,peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Saidatina Fatimah az-Zahra' menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.Kini,mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli 'ala Muhammad wabaarik wa salim 'alaihi.Betapa cintanya Rasulullah kepada kita."

PERIBADI MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka mendidik dan dididik sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam pandai mengambil hati org lain pendiam kecuali telah dirangsang agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi mudah mendisiplinkan diri sendiri badannya sihat tetapi mudah diserang selsema bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya cukup sayang pd kanak-kanak suka duduk rumah setia pada segala-galanya perlu belajar kemahiran sosial cukup cemburu yg sangat tinggi
FEBRUARI

berfikiran abstrak sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius berpesonality yg mudah berubah mudah menawan org lain agak pendiam. Pemalu dan rendah diri jujur dan setia pd segalanya keras hati untuk mencapai matlamat tidak suka dikongkong mudah memberontak apabila dikongkong suka kegiatan yg lasak emosinya mudah terluka dan sgt sensitif mudah mempamirkan marahnya tidak suka benda yg remeh-temeh suka berkawan tapi kurang mempamerkannya sangat berani dan suka memberontak bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya pemerhatian yg tajam suka hiburan dan sukan suka benda yg bersifat seni sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran berkecenderungan pd benda yg tahyul amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros belajar untuk mempamirkan emosi
MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan mudah didampingi sgt pemalu dan pemendam rasa sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran suka pada kedamaian sgt peka kepada orang lain sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain tidak cepat marah dan sangat amanah tahu balas budi dan tahu kenang budi pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal suka berangan-angan suka melancong sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga punya bakat seni dalalm bidang muzik kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jgn terlalu moody.
APRIL

sangat aktif dan dinamik cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal sgt menarik dan pandai manjakan diri punya daya mental yg sangat kuat suka diberi perhatian sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org sgt berani dan tiada perasaan takut suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan gerak hati yg sangat kuat pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu
MEI

kekerasan hati & degil kuat semangat & bermotivasi tinggi pemikiran yg tajam mudah marah apabila tidak dikawal pandai menarik hati org lain & menarik perhatian perasaan yg amat mendalam cantik dr segi mental & fizikal tidak perlu dimotivasikan tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain mudah dipujuk bersikap sistematik (otak kiri) suka berangan kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat fizikal yg baik kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros
JUN

berfikiran jauh & berwawasan mudah ditawan kerana sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai,idea & mood idea yg terlalu banyak dikepala bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dengan segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas ,berangan-angan mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan lambat nak sembuh apabila terluka hati suka kepada barang yang berjenama mudah menjadi eksekutif kedegilan yg tidak terkawal sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
JULAI

Sangat seronok didampingi Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajam suka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka munasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawam lama suka mendiamkan diri suka duduk dirumah suka tunggu kawan tapi tak cari kawan tak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perut mudah gemuk kalau tak kawal diet minta disayangi mudah terluka hati tapi lambat pulih terlalu mengambil berat rajin dalam membuat kerja
OGOS

suka berlawak mudah tertawan kepadanya sopan santun dan caring terhadap org lain berani dan tidak tahu takut orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego nilai harga diri yg sangat tinggi dahagakan pujian semangat juang yg luar biasa cepat marah & mudah mengamuk mudah marah apabila cakapnya dilawan sangat cemburu daya pemerhatian yg tajam & teliti cepat berfikir fikiran yg berdikari suka memimpin & dipimpin sifat suka berangan berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk cepat apabila ditimpa penyakit belajar utk relax sikap kelam kabut romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan
SEPTEMBER

sangat bersopan santun & bertolak ansur sangat cermat,teliti & teratur suka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi pandai bercakap jika perlusikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur kerja yg dilakukan sangat sempurna sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baik otak bijak & mudah belajar suka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritik pandai mendorong diri sendiri mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia suka sukan,hiburan & melancong kurang menunjukan perasaannya terluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangan sukakan benda yg luas bersistematik
OKTOBER

suka sembang suka org yg sayang padanya suka ambil jalan tengah sangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan sentiasa berkawan hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama cepat marah macam pentingkan diri sendiri tidak menolong org kecuali diminta suka melihat dari perspektifnya sendiri tidak suka terima pandangan org lain emosi yg mudah terusik suka berangan & pandai bercakap emosi yg kelam kabut daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) suka melancong,bidang sastera & seni pengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaan mudah terusik hati & cemburu ambil berat tentang org lain suka kegiatan luar org yg adil boros & mudah dipengaruhi persekitaran mudah patah semangat
NOVEMBER

banyak idea dalam perkara sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya berfikiran kehadapan berfikiran unik dan bijak penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa pemikiran yg tajam daya firasat yg sgt halus dan tinggi bagus utk jadi doktor cermat dan teliti personality dinamik sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra berani, pemurah setia dan byk kesabaran terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya taksuka marah kecuali digugat mudah ambil berat terhadap orang lain pandai muhasabah diri cara berfikir lain dari org lain otak yg sangat tajam pandai mendorong diri sendiri tidak hargai pujian kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya badan yg tough kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam romantik tidak pasti dgn hubungan kasih sayang suka duduk dirumah sangat rajin dan berkemampuan tinggi amanah, jujur setia dan pandai berahsia tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER

Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yg berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Salam Mahabbah

Alhamdulillah..Kita merafak setinggi kesyukuran terhadap Illahi,kerana dengan izinNya dapat kita melahirkan blog ini sebagai saru wasilah seruan kita, insyaAllah. Semoga semua dapat memenfaatkan sebaik mungkin..sekadar itu dahulu..illal liqa'