Tercari- cari

Pernah aku tersungkur menjebak pada dada dunia yang menggodaku,sedang aku hanya seorang remaja yang penuh keinginan bergelora yang punya hati yang keras.Lalu kerana NURNYA tiba2 aku tersedar dari tipuan dunia,aku jadi benci pada diri,dengan kudrat sebesar zarah aku berlari kencang kepadaNYA.Sesungguh hati dan sepenuh jiwa,kurayu perlindunganNYA.Wahai YANG MENCIPTA DUNIA DAN NAFSU selamatkan hamba dari utusan2MU itu.Sesungguhnya aku hanya insan kerdil yang tidak berdaya.Wahai YANG MEnguasai segala,bimbinglah aku ke HADRATMU,hingga aku tidak gentar lagi berdepan dengan nafsu dan dunia yang menggodaku di balik mantel KEPERKASAANMU.Biarlah aku merasa kaya dengan tidak menginginkan apa2 lagi melainkan diriMU.Aku larut dalam munajatku,bahawa ENGKAU YANG MERANCANG SEGALA,maka aku sedang sujud padaMU.Terpinga2 mencari nilai diriku disisi MU.Kusangka aku telah beramal,telah berbuat baik,telah berbakti untuk agamaku.Namun semuanya hancur lebur tatkala tersingkap kalbuku bahawa segala amalku adalah kerana DIA yang memberi taufikNYA setiap kata2 ku ada DIA yang mengilhamkan dan pada setiap tenaga yang tercurah adalah dengan KEPERKASAANNYA.Aku semakin takut,lantas juga sedar,itulah hakikat diriku yang tiada nilai di sisi KUDRATNYA.Lalu apa lagi yang aku harapkan dari diri sendiri?wahai TUHAN jangan KAU biarkan aku mengurus diri sendiri walau hanya sekadar sekedip mata.Biarlah tiap urusanKU,KAu bersama.Biarlah andai aku tidak layak bergelar sahabatMU apatah lagi kekasihMU,tapi izinkan aku menjadi hambaMU yang sebenar2nya,yang tiap detik mengingatiMU..Jika itu yang KAU redhai untuk diriku,maka aku jua meredhainya

bismillah

Ilmu Hayat

Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dgn Tuhan
Rasa syukur dengan nikmatNya

Jiwa derita dgn dosa
Hati rasa krg amal pdNya
E2lh hakikat sifat kehambaan
Bahagia
Allah ya Allah

Mukmin sejati sentiasa waspada
Dr dosa tanpa sengaja
Apatah lg dosa y nyata
Umpama gunung jatuh pd nya

Sgl2nya u Tuhannya

Gerak laku bertambah kaku
Lantaran nafsu y telah jemu
Namun diriku b+ malu
Pd Mu ya Rabbi y miliki
sifat anNafsu