**Melakar Cinta Di Pintu Syurga**

Gambar sekadar hiasan
Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang terbentang hampar padinya
Dimusnahi benak
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud di bawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku dipintu syurga

3 comments:

This comment has been removed by the author.
 

Kuasa Hijrah Kuasa Berubah
Jom berubah kepada y lbeh baek
ari ini lebih baek dari smlm

 

Salam.. jom, kte pakat ghama2..inSya'Allah..kte mengukur kejayaan dr bertambahnya pengetahuan. Lebih banyak kte tahu..diri terasa meningkat menjadi lebih baik dari semalam. Namun hakikatnya, kejayaan diri diukur pd sejauh mana pengetahuan itu berjaya menjadi amal. Pengetahuan itu bertambah seiring usaha kte menambah amal di jalan kebaikan. Pertambahan amal itulah yg menjadikan kte lebih baik dr semalam. Selamat beramal, pastikan kualiti amal meningkat =)