P E R H A T I A N !!

Assalaualaikum w.b.t
Tarikh : 28 Februari 2008
Tempat : Perpustakaan
:: Masa : 9 pagi - 10 pagi ::
:: khazinatul ::
:: Adibah ::
:: Mardhiah ::
:: Masa : 2.30 petang - 4 petang ::
:: Raihan ::
:: Syuhada ::
:: Masa : 9 malam ::
:: Aisyahumaira ::
Catatan :
1- Minta hadirkan diri seperti yang telah di tetapkan.
2- Sila bersedia dengan hafazan (ayat & terjemahan)
3- Bagi yang tidak dapat solat, minta bersedia dengan maksud.
4- Perbincangan akan menyentuh soal Aqidah, Islam sebagai ad-Deen dan Ibadah.
..:: Kerjasama kalian amat di hargai ::..
~Sirru 'ala Barkatillah~
~Wallahu'alam~

PERHATIAN !

Tarikh : 25 Februari 2008 - 2 Mac 2008
Takhlifan :
:: [An-Nisa' : 59] ::
:: [An-Nisa' : 71] ::
:: Selawat 20X sehari ::
p/s :
:: InsyaAllah hari khamis ni akak nak dengar hafazan dari adik2 ::
:; Minta buat sedikit persediaan ::
~Semoga Bertambah Keimanan~

~ A Q I D A H ~

Firman Allah :
“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan Raja Dikyanus yang zalim) lalu mereka berkata : “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, sekali-kali kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran”
(Surah Al-Kahfi : 14)
:: P E N G E R T I A N A Q I D A H ::

Aqidah dari sudut bahasa bermaksud ikatan atau simpulan. Diumpamakan tali yang ada ikatan atau simpulan yang memudahkan tangan berpaut. Manakala bagi haiwan, ia ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan agar hidup dengan aman.

Dari sudut istilah ialah keimanan yang teguh dalam hati yang tidak mungkin terurai. Ia juga bermaksud percaya bersungguh-sungguh dan berpegang kepada Alquran dan Assunnah dan mengamalkannya dalam kehidupan. Wahyu yang pertama diturunkan iaitu Al-‘Alaq, menjelaskan aqidah yang sempurna.


:: KONSEP TAUHID ::

Asas kepada aqidah ialah tauhid kepada Allah.

Tauhid dari segi bahasa ialah mengesakan Allah Taala. Dari segi istilah ialah beri’tiqad dan percaya bahawa Allah Tuhan yang esa dan tiada sekutu baginya.
Firman Allah :

“Katakanlah, Dialah Allah Tuhan yang Maha Esa. Dialah sumber pergantungan segala sesuatu. Dia tidak beranak dan diperanakkan. Dan tiada sesuatu pun yang setara dengannya.”
(Surah Al-Ikhlas : 1-4)


:: Tauhid terbahagi kepada 3 ::


~ Tauhid Rubbubiah
~
Ialah mempercayai Allah sebagai ”Rabb” atau pencipta dan penguasa terhadap segala sesuatu. Allahlah pencipta sekelian makhluk dan alam ini, pemilik dan pentadbir dan pemberi segala-galanya. Allah yang menghidupkan dan mematikan sesuatu. Dia yang berkuasa memberi manfaat dan mudharat kepada sesuatu dan tiada sesiapa yang berhak dan berkuasa untuk melakukan kebaikan atau keburukan tanpa izinNya.

~ Tauhid Uluhiah ~
Ialah meyakini bahawa Allah sahaja yang berhak kita perhambakan diri
Dengan seluruh jiwa raga (roh dan jasad ).
Firman Allah SWT:

” Perhambakan diri mu kepada tuhanMu sehingga kamu yakin ( kematian )

Beriman kepada Allah bermakna kita menolak segala selain Allah sebagai Tuhan dan seterusnya mengakui serta nenghayati sepenuhnya kalimah Laa Ilahalillah. Keselarasan kedua-dua tauhid itu amat penting bagi memastikan keimanan kepada Allah adalah sejati. Kerana Tauhid Rububiyyah menyatakan yang Allah ini adalah pencipta segala-galanya. Sedangkan Uluhiyyah adalah pengakuan bahawa Allah itu sahajalah yang berhak disembah kerana Dia adalah pemilik segalanya.

~ Tauhid Asma’ wa Sifat ~
Tauhid Asma’ Was-Siffat adalah kita yakin dengan zat Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan. Kita mensucikanNya daripada serupa dengan makhluk. Kita juga beriman dengan segala sifatNya yang tsabit dan ada nas dalam Al-Quran. Ianya tidak sempurna melainkan kita menghapuskan sifat ingin tahu tentang keadaan ataupun kaifiat zat Allah SWT. Ketiga-tiga gabungan inilah baru disebut akidah yang sempurna, sebarang pengabaian atau ketidakkepercayaan kepada salah satunya adalah menjadikan seseorang itu bukan dikalangan orang Islam.


:: KONSEP SYAHADAH ::

Syahadah bermaksud pengetahuan, penerangan, perkhabaran serta pernyataan. Kalimah Syahadah mengandungi pengertian ikrar, iktiraf, dan iktikad iaitu pengakuan, pengiktirafan dan kepercayaan. Dengan kata lain Laa Ilahaillah adalah penolakan bahawa tiada yang layak dijadikan tuhan kecuali Allah sahajalah. Hakikat ini menetapkan keyakinan bahawa Tuhan itu Esa dari segi SifatNya, ZatNya serta AfalNya. Ia adalah pintu masuk kepada Islam. Ia nyawa kepada setiap bahagian Islam


:: PENGERTIAN ILAH ::

Ia membawa kepada beberapa pengertian yang saling melengkapi:

:: Tempat tumpuan dan matlamat pengbdian
:: Tempat perlindungan
:: Tempat tumpuan kecintaan
:: Sebagai pemberi rezeki


:: TUNTUTAN SYAHADAH ::


Apabila kita telah bersyahadah maka kita telah tertanggung beberapa tanggungjawab sebagai bukti dan tanda kita ini adalah betul dalam penyaksian kita. Tuntutannya adalah sama dengan istilah takwa ” melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Dikemukakan secara lebih terperinci apa yang kita perlu lakukan.

Melaksanakan semua rukun Islam.
Intima’ (bergabung) dengan Islam dalam seluruh aspek termasuk akidah, akhlak, keluarga dan ibadah.
Berintima’/nenyertai atau bersama dengan jemaah/organisasi Islam
Menegakkan pemerintahan Islam secara sempurna (daulah Islam)
Melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.
Berusaha membentuk Khilafah Islamiyyah.


:: PERKARA YANG MEMBATALKAN SYHADAH ::

Perkara yang menyebabkan syahadah terbatal terbahagi kepada 3 kategori:

1. Iktikad :

Kita salah dari segi iktikad Ahli Sunnah, seperti mengiktikad yang Allah serupa dengan makhluk, walaupun dengan satu sifat. Juga beriktikad dengan iktikad yang bercampur dengan fikiran atau falsafah seperti kaum Muktazilah.

2. Lisan :


Lisan kita menuturkan kata kata yang dikira boleh membatalkan Akidah, seperti mengatakan yang Islam tidak boleh lagi dianalkan kerana sudah ketinggalan zaman, menyatakan Islam Jumud, zalim , pengganas dan sebagainya yang seumpama.

3. Perbuatan :

Melaksanakan perbuatan yang dikira boleh membatalkan Akidah, seperti melakukan penyembahan kepada selain daripada Allah seperti berhala dan sebagainya, termasuk juga jika kita memakai salib. Juga termasuk dalam kita berhuku dengan hukum selain dari hukum Allah.


~Wallahu'alam~

Love Palestin

Bismillahirrahmanirrahim..

Diharap sahabat2 sihat belake..
akak ada bahan sikit nak kongsi supaya kita lebih prihatin tentang isu palestin,isu umat islam sedunia..insyaallah

Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang alin demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim ZIonis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).

Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.
Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya.
2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.
3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.
4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)
5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.
6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.
7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.
8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.
Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.
9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-
a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.
b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.
c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.
Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.Gerakerja secara kolektifIkhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..”
(At-Taubah : 105)



Terjemahan : Maszlee Malik

PERHATIAN !

Assalamualaikum adik2 akak yang di sayangi....
Tarikh : 18 Februari - 21 Februari 2008
Takhlifan :
:: [al-Maaidah : 2] -wata'ala... waludwa :
:: [al-Hujurat : 10] ::

~ Semoga bertambah keimanan dengan tanggungjawab yang di beri~

..Wallahu'alam..

~DUNIA OH DUNIA~

~1 KISAH yang TAK PATUT TAK DIKESAHKAN~
~semoga terhibur~
(^_~)
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dlm kepayahan aku berdebat dgn hatiku, memberikn satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke MASJID memandangkan masanya tlh tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskn utk mengikut
wanita tersebut.
Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia tlh berada jauh beberapa kedai di hdpn. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu."Siapakah wanita itu?"Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong di mana wanita itu kulihat masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihdpn, msh tdk dpt dikejar, semakin jauh. Perasaanku tambah membuak. "Adakah wanita itu orang gila?" Semakin jauh nampaknya wanita itu berjln hingga ke penghujung bandar. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama. Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tmpt yg lebih ganjil dr ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dlm 60 langkah di antara kami, aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian trn ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dlm bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi chy lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya'' Aku akur. "Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buanglah" ujar wanita itu sambil ketawa.. "tadi kautidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku ke mari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam."Waktu maghrib sdh hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir. "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut."Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan diamengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan msamu mengejarku, sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, & kegelapan menyelubungi suasana.

~THE END~

p/s: janganla kita tertipu dengan kehidupan dunia.

"KISAH YANG MUNGKIN NYATA !!"

Seperti biasa, setibanya di rumah.. aku terus duduk berehat di sofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara keluarga sedang berkumpul di ruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya sesuatu yang menghembus tepat di mukaku. Selang beberapa lama, seorang yang tak tampak mukanya, berjubah putih dengan tongkat di tangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata. Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya..... siapa dia... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...terus berjalan...ke kerongkongku...sakittttttttt. . . . sakit..... rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku. Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku... kkhh.........khhhh.....kerongkonganku berbunyi. Sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi... Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak..... air mataku seolah tak berhenti. Betisku tertimpa2. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh Si Misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan. Namun setelah itu. . .
aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku hairan... keluargaku yang sedari tadi ada di ruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan kearahku.... Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya kulihat dingin, kulitnya membiru. Siapa dia??? Mengapa keluargaku memeluknya sambil menangis... mereka menjerit... histeria...? lebih teruk ibuku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia............. ??
Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........dia.......dia mirip dengan aku. Ada apa ini Tuhan...?? Aku cuba menarik tangan ibuku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul abang, kakak dan adik2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak. Tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis....
Aku sedar.. aku sedar bahawa Si Misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati!! Aku telah meninggalkan mereka. Tak kuasa aku menangis....berteriak...... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku. Dalam hidupku, belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk mereka. Tapi waktuku telah tamat....... masaku telah terlewat. Aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll. Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat!! ;'(

Hujah Anti Hadis & Jawapan

Hujah Pertama:

Al-Qur’an adalah lengkap, terperinci lagi sempurna, maka kenapakah perlu dirujuk kepada hadis-hadis Nabi sallallahu-alaihi-wasallam ? Bukankah Allah Subhanahu waTa’ala telah berfirman di dalam al-Qur’an:

Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini.
[al-An’aam 6 :38]
(Katakanlah) : Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah,
padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas
nyata kandungannya satu persatu ? [al-An’aam 6 :114]
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab
(Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan
pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah
petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. [al-‘Araaf 7
:52]
Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya
dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya SATU-PERSATU.
(Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana,
lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. [Hud 11:01]

Jawapan:
Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala apabila
Dia menyatakan kesempurnaan, kelengkapan dan perincian kitab suci-Nya
al-Qur’anul Karim, adalah merujuk kepada peranan yang dimiliki oleh
al-Qur’an sebagai “kitab induk” yang telah mengusulkan pelbagai kaedah
dan cara bagi umat manusia menerima dan mempraktikkan risalah Allah
dalam kehidupan harian mereka sehingga ke Hari Akhirat.[1] Al-Qur’an
adalah lengkap dan sempurna dalam konteks ia meletakkan asas-asas
mentauhidkan Allah dan kaedah-kaedah menjanakan syari’at-Nya. Demikian
juga, apabila dikatakan bahawa kitab al-Qur’an tidak meninggalkan atau
terlupa apa-apa, ia bererti bahawa al-Qur’an tidak leka atau lengah dari
menggariskan pelbagai kaedah serta prinsip penukilan hukum dan ajaran
yang diperlukan umat untuk melaksanakan syari’at Allah yang indah ini
dalam semua suasana dan keadaan.
Dalam suasana kelengkapan dan keterperincian inilah al-Qur’an meletakkan
dasar serta prinsip yang jitu bahawa hadis serta sunnah Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam wajib dijadikan salah satu dari sumber
syari’at yang ditaati, dirujuki dan dipegangi. Apabila hadis dan sunnah
Rasulullah disisihkan, maka ia bererti menyisih sebahagian dari dasar
dan prinsip penting yang digariskan oleh al-Qur’an; dan apabila hadis
dan sunnah Rasulullah ditentang, ia bererti menentang sebahagian dari
ajaran al-Qur’an itu sendiri.[2]
Adalah merupakan tindakan yang amat jahil apabila seseorang itu memahami
ayat-ayat di atas secara zahir (face value) sehingga mereka berkata
segala apa yang berkaitan dengan agama dan kehidupan di dunia ini telah
diperincikan satu-persatu di dalam al-Qur’an. Jika inilah kefahaman
mereka, maka penulis bertanya – jika pagi tadi kita bersarapan Mee
Goreng dan ingin mengetahui hukumnya, bolehkah kita mencarinya di dalam
al-Qur’an ? Pastinya kita tidak akan menemui keterangan tentang Mee
Goreng. Maka apakah dengan itu Mee Goreng tersebut menjadi sesuatu yang
halal, atau haram, atau sesuatu yang dilupai oleh al-Qur’an ?
Sebaliknya jika difahami ayat-ayat di atas sebagai yang menerangkan
peranan al-Qur’an dalam meletakkan dasar serta prinsip syari’at dan
kehidupan, pasti kita akan ketahui bahawa Mee Goreng tersebut adalah
halal dan baik untuk dimakan, kerana al-Qur’an sedia menggariskan
beberapa prinsip asas pemakanan, antaranya semua yang ada di mukabumi
ini adalah halal untuk dimakan (Yunus 10:59) asalkan disembelih atas
nama Allah (al-An’aam 6:121) atau dari sembelihan Ahli Kitab (al-Maidah
5:05) dan ia bukan bangkai atau daging khinzir (al-Maidah 5:03); dan
bahawa umat Islam sangat dianjur makan (al-An’aam 6:142) asalkan mereka
tidak berlebih-lebihan (al-A’raaf 7:31).[3] Inilah maksud dan cara
sebenar mengguna-pakai ayat-ayat di atas yang menjadi asas perbincangan.

~ADA APA DENGAN 10 MUHARRAM????~

Kelebihan Berpuasa 10 Muharram & Peristiwa Yang Terjadi Pada Hari Tersebut

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".

........................................
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3. Dicipta Adam a.s.
4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
8. Selamat Musa dan pengikutnya.
9. Lemas Firaun.
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11. Diangkat Nabi Isa kelangit.
12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi. Wallahu A'lam.

~KHAZANAH BISMILLAH~

"Kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan:
Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak
21 kali sebelum tidur
maka
1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut / mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.
............................................
Al-kisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan sesuatu.. Dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll. Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik". Lalu sang isteri pun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu ia kembali ke rumah, dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. Dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya. Lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenar nya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. Selain dari itu, masih banyak lagi manfaatnya, iaitu: Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (golongon Jin. Uni dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita (pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahwa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya.
Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya. Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari.
kisah ini telah dambil dari laman berikut...
banyak artikel menarik dalam ni...
kalu nak tau cube la bukak laman tu dulu..
so saper2 berminat silalah berkunjung ke laman tersebut...
bukak jgn tak bukak...(^_~)

~:BUAT SI GADIS YANG MENINGKAT REMAJA:~

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung.Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.



Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini - Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.



Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!
Annisa : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.
Annisa : apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.
Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua. Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis. Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
"buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"
Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam.
-Wallahu A'lam-

~KENAPE LAR HATIKU TAK TENTERAM NIII???~

"hhhmm.....biler terasi hati ni tak tenteram dunia ni ase mcm kosong jer n berserabut sngt2..."


"aduh kepalaku pening...!!!!"


"banyak nyer benda aku nat buat.!!!!"


"aku tak tahan lagi...!!!!"


"hidup ku tak bermakner...!!!"
"aper lar nasibku ni????"

................................................

~pertama dan terutamanya sekali Istighfar banyak2 dulu...~


ha beberapa bait potongan ayat di atas mungkin menggambarkan


bbrapa keluhan...kesahan...rungutan....ketensionan...


bagi indvdu yg mghadpi masalah lam idup....


kalau sgala masalah itu dhadapi dengan IMAN yg rapuh..


pastinya diri ssorng itu tak mampu brdiri kukuh dalam hidupnya


shinggakan masalah itu x slesai2 sudah....~




SO PER NAK WAT????




~KENAL PASTI PUNCA MASALAH DALAM DIRI ANDA~




APA DIA EK???


ha ni nak gitau....cuba cek diri anda dahulu....explore hati anda yg berdegup2 tu....


kat situ puncanya...anda dapat asekan yg segala perasaan x tenteram tu brmain2 dsitu...


so maknanya hati aNda sakit....maksudnya...ktdaktenteraman 2 mungkin


disebabkan dosa atau kesilapan yg pernah kita buat dan kita abaikan selama ni...


sifat2 mazmumah yg ada dlm hati jgk adlh slh faktornya...


so disini diterangkn sdikit tntng sifat2 itu....


mga2 kiter dpat mensucikan hati dari segala sifat itu agar beroleh ketenangan hati...








Hati yang tidak tenteram berpunca dengan adanya segumpal sifat-sifat mazmummah. Antara sifat-sifat mazmummah yang menghilangkan ketenangan di hati ialah :-


1) Cinta Dunia


Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi (akhirat) itu sebagai pegangan teguh selamanya dan hal-hal duniawi sebagai pentas sementara. Bila mati cuma ada amalan, doa anak yang soleh atau solehah dan harta yang disedekahkan mengiringi kita di sana.


2) Tamak


Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Orang yang tamak selalu rugi


3) Kedekut


Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak dari menderma dan berdalih dengan mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk


4) Riak


Allah tidak menyukai akan sifat riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Mereka tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan kerjanya.


5) Pemarah


Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati senantiasa tidak tenang.


6) Ego


Senantiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka senantiasa akan berada dalam keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya


7) Pendendam Perasaan


yang membuku dan mengelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melukakan atau malakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meletuskan laharnya iaini membalas dendam kepada orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


8) Hasad Dengki


Mereka senantiasa berasa iri hati dan berhasad dengki kerana tidak mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain.


9) Tidak Sabar


Tidak boleh menunggu dan sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang sehingga kadang kalanya menyusahkan orang lain. Pengajaran di sini bermujahadahlah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam bissawab.