~ A Q I D A H ~

Firman Allah :
“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan Raja Dikyanus yang zalim) lalu mereka berkata : “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, sekali-kali kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran”
(Surah Al-Kahfi : 14)
:: P E N G E R T I A N A Q I D A H ::

Aqidah dari sudut bahasa bermaksud ikatan atau simpulan. Diumpamakan tali yang ada ikatan atau simpulan yang memudahkan tangan berpaut. Manakala bagi haiwan, ia ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan agar hidup dengan aman.

Dari sudut istilah ialah keimanan yang teguh dalam hati yang tidak mungkin terurai. Ia juga bermaksud percaya bersungguh-sungguh dan berpegang kepada Alquran dan Assunnah dan mengamalkannya dalam kehidupan. Wahyu yang pertama diturunkan iaitu Al-‘Alaq, menjelaskan aqidah yang sempurna.


:: KONSEP TAUHID ::

Asas kepada aqidah ialah tauhid kepada Allah.

Tauhid dari segi bahasa ialah mengesakan Allah Taala. Dari segi istilah ialah beri’tiqad dan percaya bahawa Allah Tuhan yang esa dan tiada sekutu baginya.
Firman Allah :

“Katakanlah, Dialah Allah Tuhan yang Maha Esa. Dialah sumber pergantungan segala sesuatu. Dia tidak beranak dan diperanakkan. Dan tiada sesuatu pun yang setara dengannya.”
(Surah Al-Ikhlas : 1-4)


:: Tauhid terbahagi kepada 3 ::


~ Tauhid Rubbubiah
~
Ialah mempercayai Allah sebagai ”Rabb” atau pencipta dan penguasa terhadap segala sesuatu. Allahlah pencipta sekelian makhluk dan alam ini, pemilik dan pentadbir dan pemberi segala-galanya. Allah yang menghidupkan dan mematikan sesuatu. Dia yang berkuasa memberi manfaat dan mudharat kepada sesuatu dan tiada sesiapa yang berhak dan berkuasa untuk melakukan kebaikan atau keburukan tanpa izinNya.

~ Tauhid Uluhiah ~
Ialah meyakini bahawa Allah sahaja yang berhak kita perhambakan diri
Dengan seluruh jiwa raga (roh dan jasad ).
Firman Allah SWT:

” Perhambakan diri mu kepada tuhanMu sehingga kamu yakin ( kematian )

Beriman kepada Allah bermakna kita menolak segala selain Allah sebagai Tuhan dan seterusnya mengakui serta nenghayati sepenuhnya kalimah Laa Ilahalillah. Keselarasan kedua-dua tauhid itu amat penting bagi memastikan keimanan kepada Allah adalah sejati. Kerana Tauhid Rububiyyah menyatakan yang Allah ini adalah pencipta segala-galanya. Sedangkan Uluhiyyah adalah pengakuan bahawa Allah itu sahajalah yang berhak disembah kerana Dia adalah pemilik segalanya.

~ Tauhid Asma’ wa Sifat ~
Tauhid Asma’ Was-Siffat adalah kita yakin dengan zat Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan. Kita mensucikanNya daripada serupa dengan makhluk. Kita juga beriman dengan segala sifatNya yang tsabit dan ada nas dalam Al-Quran. Ianya tidak sempurna melainkan kita menghapuskan sifat ingin tahu tentang keadaan ataupun kaifiat zat Allah SWT. Ketiga-tiga gabungan inilah baru disebut akidah yang sempurna, sebarang pengabaian atau ketidakkepercayaan kepada salah satunya adalah menjadikan seseorang itu bukan dikalangan orang Islam.


:: KONSEP SYAHADAH ::

Syahadah bermaksud pengetahuan, penerangan, perkhabaran serta pernyataan. Kalimah Syahadah mengandungi pengertian ikrar, iktiraf, dan iktikad iaitu pengakuan, pengiktirafan dan kepercayaan. Dengan kata lain Laa Ilahaillah adalah penolakan bahawa tiada yang layak dijadikan tuhan kecuali Allah sahajalah. Hakikat ini menetapkan keyakinan bahawa Tuhan itu Esa dari segi SifatNya, ZatNya serta AfalNya. Ia adalah pintu masuk kepada Islam. Ia nyawa kepada setiap bahagian Islam


:: PENGERTIAN ILAH ::

Ia membawa kepada beberapa pengertian yang saling melengkapi:

:: Tempat tumpuan dan matlamat pengbdian
:: Tempat perlindungan
:: Tempat tumpuan kecintaan
:: Sebagai pemberi rezeki


:: TUNTUTAN SYAHADAH ::


Apabila kita telah bersyahadah maka kita telah tertanggung beberapa tanggungjawab sebagai bukti dan tanda kita ini adalah betul dalam penyaksian kita. Tuntutannya adalah sama dengan istilah takwa ” melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Dikemukakan secara lebih terperinci apa yang kita perlu lakukan.

Melaksanakan semua rukun Islam.
Intima’ (bergabung) dengan Islam dalam seluruh aspek termasuk akidah, akhlak, keluarga dan ibadah.
Berintima’/nenyertai atau bersama dengan jemaah/organisasi Islam
Menegakkan pemerintahan Islam secara sempurna (daulah Islam)
Melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.
Berusaha membentuk Khilafah Islamiyyah.


:: PERKARA YANG MEMBATALKAN SYHADAH ::

Perkara yang menyebabkan syahadah terbatal terbahagi kepada 3 kategori:

1. Iktikad :

Kita salah dari segi iktikad Ahli Sunnah, seperti mengiktikad yang Allah serupa dengan makhluk, walaupun dengan satu sifat. Juga beriktikad dengan iktikad yang bercampur dengan fikiran atau falsafah seperti kaum Muktazilah.

2. Lisan :


Lisan kita menuturkan kata kata yang dikira boleh membatalkan Akidah, seperti mengatakan yang Islam tidak boleh lagi dianalkan kerana sudah ketinggalan zaman, menyatakan Islam Jumud, zalim , pengganas dan sebagainya yang seumpama.

3. Perbuatan :

Melaksanakan perbuatan yang dikira boleh membatalkan Akidah, seperti melakukan penyembahan kepada selain daripada Allah seperti berhala dan sebagainya, termasuk juga jika kita memakai salib. Juga termasuk dalam kita berhuku dengan hukum selain dari hukum Allah.


~Wallahu'alam~

0 comments: